Thursday, March 3, 2011

gUGu GaGa CuCu tOk BaKaR


bermulalah al-kisah cucu2 tok bakar
terujanya hendak menyambut 
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KKMT
pada 17/02/2011 (ari khamis)

perancangan kiteorang semua sepakat membawa berkat.HEHEHE
ini kerana sehari sebelum sambutan tersebut diadakan
kami telah merancang untuk memakai warna baju yang sedondon
iaitu warna BIRU!!!

Bile kami telah bergabung habis la model2 yang lain tu xboleh cari makan
HEHEHE..

:: mari kita saksikan sepakatan kami bersama dalam berbaju BIRU ::


















PrA SaMbUtAn MaULidUR rAsuL STM4


Pada 14/02/2011 (ari senin)
aq & dak2 sem4 STM4A & STM4B
telah bertuungkus lumus untuk membuat persiapan sempena 
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
di kolej aq yang akan diadakan pada
17/02/2011

Bermula dari membuat banner,menghias bunga mangar,mencantikkan papan sepanduk
semua nya kiteorang bersama-sama
bak kata WonderPet
" apa yang penting keje sama!!! "


Antara pensyarah yang membantu kite orang dalam kerja-kerja ini ialah
Puan.Fuza , Pn.Anita , Pn.Ezy & Pn.Mimi
hasil tunjuk ajar diorang kite orang STM
mendapat  
TEMPAT PERTAMA DALAM PERARAKAN

Dibawah ini adalah antara coretan2 sepanjang pra tersebut
MARI KITE SAKSIKAN




























Saturday, February 12, 2011

Cuci-cuci Mata Di Johor

pada 12/02/2011 tepat pada jam 07.05 a.m aku bertolak dri melaka nak ke johor untuk hadiri seminar sempena usahawan di UTHM

xramai pon yg join
tapi..kite orang memang have fun la
sebab nya dapat shopping di ayer hitam..hehehe
dapat cuci-cuci mata.dapat kenalan baru
LALALA


 bergambar selepas selesai sesi ceramah


 buat kenang-kenangan


 bersama lecturer pembimbing


 otw nak g shopping


 antara perempuan yg paling gembira


muka-muka shopping










Wednesday, February 2, 2011

Kalaula Haiwan Ada Laman Sosial

Kalau binatang ada laman sosial, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn... gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee... .

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2... .nk tiru aku le tu.. lol... .

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Yang penting jangan jadi cam ikan arowana perasan cun hehehehehhe...

Friday, January 28, 2011

Kelakarnya Suamiku Ni...

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight... .kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu

Tips Pemanduan Ketika Kecemasan

1. BREK GAGAL BERFUNGSI TAYAR PECAH TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA

Seseorang pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.

Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan

Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak di tepi jalan , rel pengadang dan bahu jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.

Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

Pegang stereng dengan erat.

Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.

Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.

Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.

Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.

Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.

Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

Jika kenderaan berhenti di selekoh, di puncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu-lintas.

Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


2 KENDERAAN TERBABAS LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM CERMIN HADAPAN PECAH

Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan tekan brek.

Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.

Jangan gunakan brek dalam keadaan ini
Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.

Pegangkan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.

Naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas.

Hentikan kenderaan dengan segera.

Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.

Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

3. PEMECUT TERLEKAT KENDERAAN TERBAKAR MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN

Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.

Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.

Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan. Berhenti segera di tempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak kalau gagal hubungi "mekanik".

Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.

Hentikan kenderaan dengan segera.

Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.

Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
Gunakan alat pemadam kebakaran.

Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba

Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.

Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

4. BONET TERBUKA
Brek beransur-ansur

Naik ke atas bahu Jalan.

Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.

Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

Kisah Di Sebalik Pengharaman Mercun Di Malaysia


Kpd yg lahir sebelum thun 90-an msti prnah rsa main mercun byk2 kan, pstu xda lak kna tangkap ngn pihak polis. Waktu tu bebas ja nk beli mercun & bunga api kt mana2 pon. Waktu tue kalo raya mmg meriah smpai ada dalam lagu raya lirik pasal mercun "Dam dam dum bunyi mercun".

Utk pengetahuan korang, Malaysia nie prnah ada 1 kilang mercun besar iaitu terletak kat Sg Buloh yg dikenali dgn nama Kilang Mercun Bright Sparklers.Tapi 1 letupan kuat dlm sejarah Malaysia pd 7 Mei 1991 telah mengubah segalanya. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Kesan letupan 200 tan belerang amat dashyat sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Dua daripada stor simpanan itu meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.

Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku. SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.


Antara gambar keratan akhbar peristiwa tragis ini...










P/s: Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan di negara ini.

Dont's For Parents

1. Jangan terlalu manjakan anak anak anda

Bukan tak boleh langsung. Jangan selalu. Sebab nanti lama2 dia akan naik kepala, pijak kepala anda, anda juga yang sakit kan?




2. Jangan amalkan mesti-membeli-kalau-keluar.

Andai satu hari nanti, anda kurang duit, jenuh nak pujuk anak yang menangis guling2 di tengah2 shopping complex. Mungkin boleh ajar anak anda bezakan benda yang perlu dan tidak.



3. Jangan ajar anak ponteng sekolah.

Kalau anda seorang yang pemalas, jangan ajar anak anda jadi pemalas. Kalu anda seorang yang kurang pandai, jangan biar anak anda jadi kurang pandai.

Thursday, January 27, 2011

WARKAH BUAT IBU

WARKAH BUAT IBU...


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....


Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni
Sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi
jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam
tikar mengkuang 3helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk,
tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak
tak penah buat
gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah
mak..... tapi mak
seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu
Siaran siam..... kengkadang
siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah
mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan...


Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah
dalam kesakitan. Akak dan
abang kat kampong semua dah pujuk..... mak
tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum
pujuk... Mak kata mak
takmau duduk dalam hospital..... tapi kiter
berkeras juga pujukk.. nanti
di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat
rumah kami hanya mampu
sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak
bersetuju.....mak memang
degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut
perangai mak tu.. Tapi
akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai
nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak
ke hospital.....


Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....


Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah
pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang
betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak
asyik tanya
ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak
cukup, mak kan
banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila
kereta kiter
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden
Terlanggar kelinn naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter
jangan Sesekali bgtau
kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter
cepat-cepat simpan keta
dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper
depan kemek...mak tanya
kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar
pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak
risau... Maafkan kiter
kerana sampai mak pergi mak tak tau hal
sebenar... mak, kiter menipu mak
kan...ampon kan kiter....


Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak
dengan kain
putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di
lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa
untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak.... Pagi tu
balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu
dalam keadaan separuh
sedar... Adik kat sebelah diam melayan
perasann... Kenangan bersama mak
berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa
makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu
seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya
kiter sampai
juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu
lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu
gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak
perasan tak...? Makcik yang
mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..."
dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.." Bila
makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi
kiter kawal
supaya tak menitik Atas mak....


Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang
subuh, kiter baca yassin
untuk mak.mak tunggu ya...!


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap
wajah mak buat kali
terakhir.... Semua orang kata mak seolah2
senyum aja... Mak rasa
tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa
sejukkkk sangat dahi
makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak
daya.... kiter
tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air
mawar... Airmata kiter
tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak
mak ni jadi imam solat
jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam
bacakan doa sebab kite
sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar
dari rumah.... Akak pula
dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak
terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak
tauu...cuma akak sorang
saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan...


Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap
malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata... Dan sampai
satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca
yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan
gambar2 mak pastu apa
lagi... semakin kiter tenung terasa semakin
sayu...tangisan tak dapat
dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi
tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak
cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan
akhirnya dalam sedu sedan
itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan
kakak..kiter nangis
lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..."
tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk mak..nanti kala u gini ajer mak
yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak
nampak adegan tu... sebab
malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2
nya...


Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit
dalam dada ni.... Sampai
sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya
sedekah al-fatihah kiter
berikan.....


Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat
kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang l ain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama
tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter... memberi seluruh kasih
sayang dari kecil sampai
masuk sekolah.. sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik
kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara
orang... Sampai akhir hayat
ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil
::BENDE YG PATUT KITE BACE...SURAT YG DITULIS OLEH SEORANG ANAK KPD IBUNYA YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH::

Friday, January 21, 2011

assignment yang tengah menanti ku



assignment ohh..
assignment..
kau memanggil2 diriku..
akan aku datang kepada engkau..
bersabar la..
wahai assignment ku..



banyak ke cikit ke..
aku x hirau itu semua..
yang paling penting bagiku..
adalah menyelesaikan dirimu..
wahai.. assingment..

demi family ku yang tercinta..
yang mengharap kan yang terbaik dari ku..
akan aku redhai itu semua..

insyallah..
dengan berkat kesabaran diriku ini..
akan aku menyelesaikan mu..
wahai.. assignment ku..

gadget-gadget yang aku ingin-ingin kan













ini lah antara gadget2 yang aku ingin2 kan..
tapi apa kan daya duit ku tidak mencukupi untuk memiliki nya
lagipun skrg nie kan aku tengah belajar so xberapa nak sesuai memiliki gadget2 nie semua

xmengapa la 
tunggu jelah 
bila aku sudah ada duit yang banyak & sudah ada kerjaya
( lagi advanced dari tu aku beli..hehehe)


eeEmm.. mungkin bole beli dua
1 untuk aku
1 lagi untuk ?????
hHaa.. sapa nak angkat kaki
akan aku berikan nnti..
hEhEhE..
tapi bukan sekarang la..

antara kawan2 aku yang dah jadi bini orang

 majlis perkahwinan iekin & syuk


 majlis perkahwinan pah & zul


 majlis perkahwinan lia & kamal

 majlis perkahwinan yat & adam


 majlis perkahwinan kak aida & husband


 majlis perkahwinan kak ika & husband


majlis perkahwinan zainab & husband




gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada kawan2 aku yang dah jadi bini orang..
yang tertera ada nama husband dorang skali tu adalah kawan2 sekolah aq..
kebetulan dorang kawin pada umor 19 & 20tahun..

yang nama husband tak tertera tu akak2 time aq bljr kat giatmara,bljr kt sek men & time aku bekerja..
umor dorang time kawin aku xtau plak (xsempat nak tanya..hehehe)


TURN AKU BILE PLAK YE
EeMmm..LAMBAT LAGI KOT
bak kate mak aku "belajar dulu baru fikir nak kawin"

COMING SOON
:: ika,ujirah,aisyah ::

apa-apa pon aku doakan korang semua bahagia didunia & di akhirat kelak
bersama dengan pasangan korang masing2
dan dikurniakan anak yang soleh & solehah
AMIN...