Thursday, March 3, 2011

gUGu GaGa CuCu tOk BaKaR


bermulalah al-kisah cucu2 tok bakar
terujanya hendak menyambut 
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KKMT
pada 17/02/2011 (ari khamis)

perancangan kiteorang semua sepakat membawa berkat.HEHEHE
ini kerana sehari sebelum sambutan tersebut diadakan
kami telah merancang untuk memakai warna baju yang sedondon
iaitu warna BIRU!!!

Bile kami telah bergabung habis la model2 yang lain tu xboleh cari makan
HEHEHE..

:: mari kita saksikan sepakatan kami bersama dalam berbaju BIRU ::


















PrA SaMbUtAn MaULidUR rAsuL STM4


Pada 14/02/2011 (ari senin)
aq & dak2 sem4 STM4A & STM4B
telah bertuungkus lumus untuk membuat persiapan sempena 
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
di kolej aq yang akan diadakan pada
17/02/2011

Bermula dari membuat banner,menghias bunga mangar,mencantikkan papan sepanduk
semua nya kiteorang bersama-sama
bak kata WonderPet
" apa yang penting keje sama!!! "


Antara pensyarah yang membantu kite orang dalam kerja-kerja ini ialah
Puan.Fuza , Pn.Anita , Pn.Ezy & Pn.Mimi
hasil tunjuk ajar diorang kite orang STM
mendapat  
TEMPAT PERTAMA DALAM PERARAKAN

Dibawah ini adalah antara coretan2 sepanjang pra tersebut
MARI KITE SAKSIKAN




























Saturday, February 12, 2011

Cuci-cuci Mata Di Johor

pada 12/02/2011 tepat pada jam 07.05 a.m aku bertolak dri melaka nak ke johor untuk hadiri seminar sempena usahawan di UTHM

xramai pon yg join
tapi..kite orang memang have fun la
sebab nya dapat shopping di ayer hitam..hehehe
dapat cuci-cuci mata.dapat kenalan baru
LALALA


 bergambar selepas selesai sesi ceramah


 buat kenang-kenangan


 bersama lecturer pembimbing


 otw nak g shopping


 antara perempuan yg paling gembira


muka-muka shopping










Wednesday, February 2, 2011

Kalaula Haiwan Ada Laman Sosial

Kalau binatang ada laman sosial, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn... gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee... .

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2... .nk tiru aku le tu.. lol... .

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Yang penting jangan jadi cam ikan arowana perasan cun hehehehehhe...

Friday, January 28, 2011

Kelakarnya Suamiku Ni...

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight... .kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu

Tips Pemanduan Ketika Kecemasan

1. BREK GAGAL BERFUNGSI TAYAR PECAH TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA

Seseorang pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.

Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan

Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak di tepi jalan , rel pengadang dan bahu jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.

Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

Pegang stereng dengan erat.

Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.

Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.

Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.

Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.

Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.

Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

Jika kenderaan berhenti di selekoh, di puncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu-lintas.

Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


2 KENDERAAN TERBABAS LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM CERMIN HADAPAN PECAH

Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan tekan brek.

Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.

Jangan gunakan brek dalam keadaan ini
Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.

Pegangkan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.

Naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas.

Hentikan kenderaan dengan segera.

Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.

Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

3. PEMECUT TERLEKAT KENDERAAN TERBAKAR MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN

Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.

Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.

Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan. Berhenti segera di tempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak kalau gagal hubungi "mekanik".

Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.

Hentikan kenderaan dengan segera.

Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.

Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
Gunakan alat pemadam kebakaran.

Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba

Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.

Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

4. BONET TERBUKA
Brek beransur-ansur

Naik ke atas bahu Jalan.

Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.

Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.